Tak abeh lagi aku dengan mood novel "AKHIRNYA AKU KAHWIN" oleh
HERNA DIANA.. Bukan apa, aku ni memang kaki novel masa zaman kanak2 n zaman study dulu.. tapi semua tu aku da tinggai lepaih stat keja n ada anak lagi rasa takdan.. kadang2 p kedai buku tu aku belek2 jugak novel.. tapi tak pernah rasa nak bli sebab rasa macam TAKDAN sangat nak baca.. hehehe...
tapi akhirnya aku berjaya baca kembali dengan saranan
adik ipaq aku tu.. Memang kalo tgok cover tu aku rasa macam crita cinta remaja ja.. so aku abaikan nak baca sipnopsis dia.. aku memang buat taktau ja.. huhu... aku stat baca ja tanpa henti2 sebab jalan cerita yang bersahaja.. (Mujuq aku MC kelmarin sebab bengkak cantik yg melanda diri ini kalo tak aku taktau bla nak baca gak..) hehehe...
Semua ni pendapat aku la kan.. if takdak yg setuju nak wat gena... Masing2 ada pandangan sendiri kan.. Tapi aku da jatuh cinta la dengan hasil penulisan Herna Diana ni.. So, pada member2 blogger yg blum baca, p cari kaih..(mungkin saya yg agak ketinggalan dengan kelahiran novel ni) hehehe...

Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak
pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya.
Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang.
Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai.
Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering
dipermainkan.
Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya.
Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu
menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih.
Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia
tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala
bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci
bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari
pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear
itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka
saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin
jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?