Tuesday, September 11, 2012

0 Save The Best For The Last

Mesyuarat Post Mortem Peperiksaan Percubaan PMR 2012 yang telah berlangsung baru-baru ni telah diadakan kelmarin jam 2.30 petang. Banyak subjek yang menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan dalam memastikan matlamat sekolah iaitu Gred Purata Sekolah (GPS 1.05) Maknanya Seramai 158 pelajar mencapai gred 9A (SMKA) daripada 197 pelajar. Subjek yang selalu membimbangkan  Tuan Pengetua ialah Bahasa Inggeris. Banyak yang dibincangkan cara-cara untuk membolehkan pelajar menunjukkan peningkatan "WOW" bagi subjek ni.

Melalut panjang lak kan.Hehe.. Tajuk entri tak kena mengena dengan Panitia Bahasa Inggeris pon. Tetapi, dalam mesyuarat serius tu, aku hampir memecahkan gelak dengan jawapan Guru Panitia Sejarah ni, Cikgu Nazri. Dialog lebih kurang camni la..

Pengetua : Macam mana dengan subjek sejarah cikgu?
Cg.Nazri : Masih terdapat seorang pelajar yang mendapat D ustaz. 
Pengetua : Jadi apa yang cikgu nak lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?
Cg.Nazri : Ustaz jangan risau ustaz.. Subjek sejarah memang camni.. Depa selalu "SAVE THE BEST FOR THE LAST". (sambil tersenyum)

Pengetua tersenyum kelat. Cikgu-cikgu lain bantai gelak ja la dengan jawapan slumber Cg.Nazri tu. Hamek kau. 

Jom ke website sekolahku : smkayan.bpi.edu.my

notakaki:Harap-harap calon KHB ERT PMR mendapat semua A pada tahun ini.. Amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...